Friday, August 14, 2009

Konvokesyen ke 43

Tahniah dan Syabas kepada graduan2 UTM!!!

Uusaha yang berterusan selama 3-6 tahun telah membuahkan hasil.

Kepada sahabat2 yang masih berhempas pulas menimba ilmu, janganlah kita alpa atau leka. Masa tidak akan menunggu kita. Ayuh!Kita tuju kearah kejayaan!!!

Sekian, Wassalam

Wednesday, August 12, 2009

6 Teras NKRA - Kurangkan Jenayah

  1. Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
  2. Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah.
  3. Pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti.
  4. Membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010.
  5. Peruntukan RM10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2012.
  6. Menetapkan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012.

"Masalah sosial akan menyumbang kepada masalah jenayah" kata Dato' Jalalluddin, Timbalan Ketua Polis Johor. Dalam isu masalah sosial ini, ada 3 pihak yang terlibat secara langsung iaitu ibubapa, persekitaran dan media. Berdasarkan kajian, pengaruh ibubapa dan persekitaran terhadap seseorang itu adalah 30% masing-masing dan bakinya adalah dari media iaitu 40% . Disini dapat kita lihat bahawa media memainkan peranan penting dalam mengawal gejala sosial seterusnya jenayah. Apa yang dipaparkan dimedia adalah mengambarkan keadaan masyarakat pada masa akan datang. Sekiranya media menunjukkan adegan kurang sihat, maka tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat akan datang juga bakal berkelakuan sedemikian.

Hasil pertemuan saya bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa masalah sosial sekarang dalam keadaan meruncingkan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani sebaik mungkin,maka negara bakal musnah.

Media tidak seharusnya hanya fokus kepada bahan yang bernilai komersial tetapi seharusnya menekankan aspek pembangunan masyarakat dan teknologi. Media yang terlibat bukan hanya surat khabar bahkan penyiaran, dan elektronik. Jenis-jenis cerita yang dipaparkan tidak sepatutnya menampakkan "halal"nya adegan perkenalan hingga ke ranjang (filem-filem), gosip artis sehingga menyebabkan penceraian (surat khabar dan majalah), berita jenayah- sebagai contoh apabila berita ATM dirompak menggunakan teknik tarik menggunakan kenderaan, maka timbul kes-kes yang menggunakan modus operandi yang sama,begitu juga ATM dirompak menggunakan bahan letupan, maka muncul juga kes yang sama (surat khabar).

Pihak media seharusnya sedar akan "kuasa" yang ada pada mereka dan "kuasa" ini seharusnya digunakan untuk kebaikan bersama.

Saya difahamkan bahawa adanya kempen anti bonceng di kampus kita dan saya melihat ianya satu tindakan yang baik tetapi ianya bukanlah penyelesaian yang utuh dalam membasmi masalah keruntuhan akhlak ummah. Saya menyeru mana-mana mahasiswa yang ingin melihat masyarakat Malaysia pada masa akan datang berada dalam keadaan yang harmoni untuk bersama-sama saya dalam usaha mengubah dasar penapisan filem dan penyiaran negara. Perjalanan 1000 langkah bermula dengan langkah yang pertama!!

Sekian, Wassalam