Friday, August 14, 2009

Konvokesyen ke 43

Tahniah dan Syabas kepada graduan2 UTM!!!

Uusaha yang berterusan selama 3-6 tahun telah membuahkan hasil.

Kepada sahabat2 yang masih berhempas pulas menimba ilmu, janganlah kita alpa atau leka. Masa tidak akan menunggu kita. Ayuh!Kita tuju kearah kejayaan!!!

Sekian, Wassalam

Wednesday, August 12, 2009

6 Teras NKRA - Kurangkan Jenayah

  1. Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
  2. Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah.
  3. Pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti.
  4. Membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010.
  5. Peruntukan RM10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2012.
  6. Menetapkan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012.

"Masalah sosial akan menyumbang kepada masalah jenayah" kata Dato' Jalalluddin, Timbalan Ketua Polis Johor. Dalam isu masalah sosial ini, ada 3 pihak yang terlibat secara langsung iaitu ibubapa, persekitaran dan media. Berdasarkan kajian, pengaruh ibubapa dan persekitaran terhadap seseorang itu adalah 30% masing-masing dan bakinya adalah dari media iaitu 40% . Disini dapat kita lihat bahawa media memainkan peranan penting dalam mengawal gejala sosial seterusnya jenayah. Apa yang dipaparkan dimedia adalah mengambarkan keadaan masyarakat pada masa akan datang. Sekiranya media menunjukkan adegan kurang sihat, maka tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat akan datang juga bakal berkelakuan sedemikian.

Hasil pertemuan saya bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa masalah sosial sekarang dalam keadaan meruncingkan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani sebaik mungkin,maka negara bakal musnah.

Media tidak seharusnya hanya fokus kepada bahan yang bernilai komersial tetapi seharusnya menekankan aspek pembangunan masyarakat dan teknologi. Media yang terlibat bukan hanya surat khabar bahkan penyiaran, dan elektronik. Jenis-jenis cerita yang dipaparkan tidak sepatutnya menampakkan "halal"nya adegan perkenalan hingga ke ranjang (filem-filem), gosip artis sehingga menyebabkan penceraian (surat khabar dan majalah), berita jenayah- sebagai contoh apabila berita ATM dirompak menggunakan teknik tarik menggunakan kenderaan, maka timbul kes-kes yang menggunakan modus operandi yang sama,begitu juga ATM dirompak menggunakan bahan letupan, maka muncul juga kes yang sama (surat khabar).

Pihak media seharusnya sedar akan "kuasa" yang ada pada mereka dan "kuasa" ini seharusnya digunakan untuk kebaikan bersama.

Saya difahamkan bahawa adanya kempen anti bonceng di kampus kita dan saya melihat ianya satu tindakan yang baik tetapi ianya bukanlah penyelesaian yang utuh dalam membasmi masalah keruntuhan akhlak ummah. Saya menyeru mana-mana mahasiswa yang ingin melihat masyarakat Malaysia pada masa akan datang berada dalam keadaan yang harmoni untuk bersama-sama saya dalam usaha mengubah dasar penapisan filem dan penyiaran negara. Perjalanan 1000 langkah bermula dengan langkah yang pertama!!

Sekian, Wassalam

Tuesday, July 07, 2009

Selamat Datang


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat Datang kepada mahasiswa baru dan Selamat Kembali kepada mahasiswa kanan ke kampus. Mulakan sesi ini dengan azam yang baru dan penuh semangat. Timbalah ilmu sebanyak yang mungkin supaya kelak dapat dicurahkan kepada anak bangsa & negara. Jadikan lah mahasiswa sebagai mahasiswa sebenar. Sahabat sekalian bukan lagi dibangku sekolah tetapi sudah pun berada dimenara gading. Mahasiswa perlu menjadi contoh kepada masyarakat diluar sana. Sudah pasti dada kalian sarat dengan ilmu apabila kalian sudah mahu meninggalkan menara gading ini kelak tetapi kalian harus ingat, setinggi manapun ilmu tetapi sekiranya tidak beramal & berakhlak mulia, nilai kalian sangat rendah. Jadilah seperti padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.

Apa-apa pun, selamilah segala ilmu yang ada. Gunakan akal sebaik mungkin. Semoga kejayaan menanti kita berkat usaha yang berpanjangan. InsyaAllah

Tuesday, June 16, 2009

Suara Siswa

Universiti Teknologi Malaysia,UTM telah terpilih untuk menjadi vanuesiaran Suara Siswa. Bukan 1 siri tetapi 2 siri. Harap Seluruh warga UTM dapat menyertai program ini apabila diberitahu kelak. Tarikh 3 Ogos 2009 & 4 Ogos 2009

Wednesday, June 10, 2009

Thursday, June 04, 2009

Kebebasan Mahasiswa Dalam PRK

Apakah sahabat Mahasiswa bersetuju sekiranya Pilihan Raya Kampus, PRK dapat dilaksanakan dengan membenarkan Mahasiswa mempunyai Pertubuhan Politik Kampus (kemudian daripada ini disebut "Parti Mahasiswa") ?


Dari hasil pemerhatian dan pengalaman selama 5 tahun dalam PRK, didapati bahawa rata-rata Mahasiswa memilih calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar , MPP adalah melalui wajah-wajah pada poster dan kertas undi. Malah ramai Mahasiswa sendiri tidak tahu siapakah nama calon yang dipilih. Bagaimanakah proses pemilihan kepimpinan Mahasiswa diperingkat Menara Gading ini jadi seperti ini?


Mahasiswa seharusnya tahu apakah perjuangan yang akan dibawa oleh calon-calon perwakilan. Bukanlah dengan hanya memilih dari raut wajah sahaja. Untuk menyampaikan stand calon-calon perwakilan kepada Mahasiswa secara menyeluruh, Parti Mahasiswa sangat perlu dibenarkan. Mahasiswa perlulah dibenarkan untuk mempunyai pertubuhan supaya mereka dapat bergerak secara proaktif. Perkara ini adalah mirip suasana Pilihan Raya Umum, PRU. Dasar diadakan PRK adalah untuk melahirkan Mahasiswa yang matang & bersedia untuk menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang. Sekiranya terdapat lagi undang-undang yang menyekat PRK dari menjadi seperti PRU, maka ianya seharusnya diubah.


Mahasiswa seharusnya dibenarkan untuk bertanding diatas tiket mana-mana Parti Mahasiswa dan kertas-kertas undi seharusnya menyatakan dari Parti Mahasiswa manakah calon itu berasal. Ini perlu dilaksanakan supaya Mahasiswa dapat memilih Pemimpin mereka berdasarkan Ideologi yang dibawa. Mahasiswa perlu segera dibebaskan dari cengkaman pemikiran. Minda Mahasiswa perlu di bebaskan. Mahasiswa sudah mula bosan dengan sekatan pemikiran dan ini telah berjaya melahirkan Mahasiswa yang hanya memandang enteng pada perkara sekitarnya.


Disini saya ingin menggesa supaya syarat dan undang-undang PRK dikaji semula. Mahasiswa seharusnya diberi peluang untuk bertanding atas tiket Parti Mahasiswa demi melahirkan barisan kepimpinan yang berwibawa seperti dahulu.


Weathermap of UTM network

Tidak disangka-sangka UTM mempunyai satu sistem yang agak canggih. Syabas & tahniah kepada CICT UTM kerana mempunyai plan pembangunan infrastruktur yang baik. Diharap dapat diberi perhatian oleh pihak universiti agak kepesatan teknologi ini dapat dinikmati bersama dan tidaklah hanya retorik semata-mata. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.utm.my/cict